Ngok Ping's Blog
D20112054223
Tuesday, November 6, 2012
Sunday, November 4, 2012
Friday, November 2, 2012
Tuesday, October 23, 2012
Monday, October 15, 2012
Pembiakan Secara Melahirkan Anak
Contoh-contoh haiwan yang membiak secara melahirkan anak adalah seperti berikut:-
Siamang merupakan sejenis haiwan terlindung yang
tergolong dalam keluarga beruk. Nama sainsnya Hylobates syndactalus. Bulu
siamang berwarna hitam atau perang kemerah-merahan. Mereka hidup berkumpulan
antara enam hingga tujuh ekor. Siamang jantan lebih besar berbanding siamang
bentina dan bersikap agresif apabila diganggu. Sewaktu terdapat bahaya, siamang
betina akan mengeluarkan suara yang nyaring dan diikuti oleh siamang jantan
selama tiga hingga lima belas minit. Siamang mahir bergayut tetapi
pergerakannya terhad di atas tanah. Siamang betina berjalan tegak dangan
sebelah kaki depannya diangkat serta diletakkan dibelakang kepalanya manakala
siamang jantan berjalan dengan sokongan sepasang kaki depan. Siamang mampu
melahirkan seekor anak setahun jika tiada gangguan persekitarannya. Akan tetapi
sekiranya terdapat gangguan habitat seperti penebangan hutan, kelahiran hanya
berlaku tiga tahun sekali. Siamang jantan akan menjaga anak sebaik bercerai
susu.
Kambing (bahasa
Inggeris goat) ialah salah satu haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya
Capra aegagrus hircus. Kambing merujuk secara umum kepada haiwan yang tergolong
dalam golongan benda hidup, alam haiwan bertulang belakang (vertebrat), kelas
mamalia. Kambing adalah haiwan berdarah panas. Kambing membiak dengan cara
melahirkan anak dan menjaga anaknya sehingga dewasa. Penjagaan yang rapi serta
betul perlulah diberikan sewaktu kambing ingin melahirkan anak.
Tindakan-tindakan kambing sewaktu melahirkan anak dan selepas melahirkan anak ada
menunjukkan perbezaan. Namun, terdapat juga kambing yang kurang mahir menjaga
anak yang baru dilahirkan kerana keletihan (kambing bunting kali pertama).
Badak cipan
berasal daripada famili Tapiridae dalam order Perissodactyla. Terdapat empat
spesies badak cipan yang boleh ditemui. Badak cipan Malaya (Tapirus indicus)
boleh ditemui di Asia Tenggara sementara tiga spesies lagi iaitu Mountain Tapir
(Tapirus pinchaque), Lowland Tapir (Tapirus terestis) dan Baird's Tapir
(Tapirus bairdii) boleh ditemui di kawasan "Neotropics". Badak cipan
dipercayai hidup secara bersendirian. Hanya badak cipan betina dan anaknya
boleh dilihat bersama-sama. Secara umumnya seekor anak badak cipan akan lahir
pada setiap 2 tahun iaitu selepas 13 bulan bunting. Jangka hayat bagi haiwan
ini dianggarkan 30 tahun. Struktur gigi dan sistem penghadzamannya adalah diadaptasi
untuk meragut. Biasanya badak cipan akan memakan puncak kayu pelbagai pokok dan
belukar. Haiwan ini juga memakan pokok yang berbuah dan berbiji.
Paus hidup di
lautan tetapi tidak tergolong dalam keluarga ikan. Ikan paus adalah mamalia
dalam kelompok cetacea. Sebagaimana haiwan mamalia yang lain, ikan paus
mempunyai ciri-ciri seperti bernafas melalui paru-paru, mempunyai bulu (kurang
berbanding haiwan darat, hampir tiada bagi paus dewasa), berdarah panas,
mempunyai organ penyusuan dan menyusukan anak dan mempunyai empat ruang
jantung. Pada masa kini, terdapat dua jenis ikan paus iaitu
paus Odontoceti (paus bergigi) dan paus Baleen (Mysticeti). Paus
Odantoceti yang bergigi merupakan pemangsa yang memakan ikan, sotong dan
mamalia marin (laut), mempunyai satu lubang pancut pernafasan. Paus Baleen bersaiz
lebih besar daripada paus bergigi dan mempunyai struktur yang dikenali
sebagai baleen yang berbentuk sikat, untuk menyaring plankton daripada air dan
mempunyai dua lubang pancut pernafasan.
Musang ialah
sejenis mamalia jenis karnivor yang hidup didarat, sebahagian besarnya daripada
famili Viverridar. Ia sejenis binatang yang liar tetapi tidak buas,
sangat licik dan pengecut. Rupanya seperti kucing tetapi tubuhnya besar dan
bertindak aktif pada waktu malam. Musang adalah haiwan berdarah panas,
melahirkan anak, menjaga anak dan mempunyai bulu di badan. Musang ini hidup di
dalam hutan dan kadangkala memasukki perkampungan kecil mencari ayam untuk
dijadikan mangsanya. Ada sesetengah jenis musang hidup diatas pokok dan membuat
sarang di celah dahan pokok. Musang aktif pada waktu malam untuk memburu
mangsanya seperti ayam, itik dan haiwan yang lebih kecil daripadanya. Bagi
jenis musang pulut aktif pada siang hari di dalam hutan untuk mencari buah-buahan.
Binatang jenis ini sangat pandai dan cekap memanjat pokok.
Subscribe to:
Posts (Atom)