Monday, October 1, 2012

RPH



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh: 23 Oktober 2012
Masa: 11:05-12:05
Kelas:2A
Jumlah murid: 34 orang
Subjek: Sains
Topik: Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup

Standard pembelajaran:  
2.1.1 Mengenal pasti keperluan asas haiwan iaitu makanan, air,  
        udara dan tempat perlindungan.
2.1.2 Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan.
2.1.7 Menjelaskan pemerhatian melalui TMK, penulisan, atau lisan.

Objektif pembelajaran: Pada akhir pengajaran, murid-murid dapat:

1.menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan   secara  lisan
2. Menyenaraikan keperluan asas haiwan dalam lembaran kerja yang diberikan.

Nilai terhadap alam persekitaran: 
1. Menyemaikan minat perasaan ingin tahu. 
2. Bersikap kerjasama semasa dalam aktiviti kumpulan.




Masa
Aktiviti
Catatan
Set induksi (5minit)
-Guru menyiarkan bunyi haiwan melalui radio dan murid dimint mendengar dan meneka bunyi haiwan.


Langkah 1( 15minit)
-Guru bertanya beberapa soalan berikut:

Guru: Apakah yang sedang dilakukan oleh zirafah?
Murid: zirafah sedang makan daun.

Guru: Mengapakah rusa minum air?
Murid: Rusa minum air kerana dahaga.

Guru: Kenapakah ikan itu timbul di permukaan air?
Murid: Ikan timbul untuk bernafas.

Guru: Di manakah tempat tinggal burung?
Murid: Burung tinggal di dalam sangkar.

Kad-kad bergambar

Kemahiran berfikir
Langkah 2 (15minit)
-Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan dan situasi disenaraikan.

Pemerhatian dan ramalan:
-Murid-murid dikehendaki membincang  tentang situasi haiwan yang berdasarkan keperluan asas yang diberi.

-Selepas ini, murid diminta memberi pendapat tentang idea mereka dan guru juga member cadangan atau komen kepada murid berkenaan. 

Kemahiran berfikir

Gambar- gambar situasi yang berkenaan
Langkah 3 (20 minit)
-Murid-murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.

-Murid-murid dikehendaki melekatkan gambar.

–gambar pada kad manila kad mengikut situasi yang diberikan.

-Murid-murid dikehendaki bekerjasama untuk melengkapkan tugasan yang diberikan oleh guru. 

-Selepas ini, murid akan membentangkan tentang kerja-kerja mereka di depan kelas.

-Guru akan memberi komen dan memberi tunjuk ajar tentang kesalahan yang dilakukan oleh murid.

Kad manila

Nilai murni: bekerjasama

Gambar –gambar haiwan dan kad –kad perkataan



Teori pemprosesan maklumat
Penutup (5 minit)
-Guru menegaskan lagi soalan berikut: 

Guru: Apakah keperluan asas haiwan?
Murid: makanan, air, bernafas dan tempat tinggal.

-Guru menyiarkan sekali lagi lagu haiwan tersebut supaya murid juga dapat menghiburkan diri dalam situasi tersebut.

-Guru memberi lembaran kerja kepada murid-murid.

Lembaran kerja

No comments:

Post a Comment